Sebagai sebahagian daripada inisiatif Perkhidmatan Pintar NADI, Pejabat NADI, MCMC mencadangkan penganjuran Bazar Raya NADI secara serentak di semua NADI yang beroperasi di seluruh negara. Program ini mendapat sokongan daripada YBhg. Tan Sri Pengerusi MCMC dalam usaha memperkasakan usahawan tempatan, memperluaskan peluang pasaran, serta menarik lebih ramai penyertaan usahawan baharu dan ahli NADI.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : Sabtu, 22 Mac 2025
Masa : 9:30 pagi sehingga 4:00 petang
Tempat : Seluruh NADI di Malaysia




