Pusat Jualan Lemang di Kampung Kijal Kemaman telah lama beroperasi. Dahulunya ia beroperasi di jalan lama Kijal-Chukai (jalan sebelah pantai) di Lembah Bukit Kijal yang cukup terkenal dengan ketinggian dan kecuraman jalan bukit tersebut. Dahulu sederet gerai beratap zink dan berdinding kayu dijadikan kedai sederet sebagai tempat jualan dan kawasan proses membuat lemang. Pada sebelah kiri kanan jalan ini memang begitu banyak kenderaan berhenti untuk mendapatkan lemang-lemang baru masak ini.
Sekitar tahun 2001 jalan baru Kijal-Chukai telah siap dibuka di kawasan sebelah Bukit Anak Dara. Kawasan jualan lemang di jalan sebelah pantai lembah kaki Bukit Kijal pada waktu itu agak muram sedikit. Kenderaan makin berkurangan melalui jalan ini untuk ke Bandar Chukai, Kuantan dan ke Kuala Lumpur. Banyak kenderaan telah banyak melalui jalan baru. Oleh itu pusat jualan ini juga berpindah ke jalan baru dengan binaan bentuk yang sama dibina di sana. Sederet gerai beratap zink dan berdinding kayu menjadi tempat teduhan untuk jualan dan tempat proses memasak. Nampak ringkas tetapi cukup untuk menjadikan tempat ini menjadi popular semula. Kenderaan yang lalu-lalang dari arah Kuala Terengganu-Kuantan tidak putus-putus berhenti di sini untuk membeli juadah tradisional ini.
Rujukan : http://azril-hamzah.blogspot.my/2012/10/kisah-lemang-kijal.html
SATE WARNA – WARNI KEMAMAN
Kisah seterusnya mengenai seorang anak muda berusia 22 tahun, Muhammad Zulhanif bin Hazman yang dahulunya pernah dikenali sebagai “Mat Rempit” dan menganggur. Namun, setelah menghadiri kursus Masakan 1 Malaysia, ia telah membakar semangat anak muda untuk membuka kedai sate beliau sendiri. Pada usia yang masih muda, penerima Anugerah Usahawan Muda empower ECER telah berjaya mengembangkan perniagaan sendiri di bawah jenama “Four Z Brothers”.
Muhammad Zulhanif kini bukan lagi satu kerisauan kepada keluarga beliau malah merupakan inspirasi kepada ramai anak muda di luar sana. Dengan pendapatan mencecah RM 15,000 sebulan, sate unik dan berwarna-warni beliau mendapat permintaan tinggi di Kemaman, Terengganu.
Antara menu yang disajikan:
SATE WARNA WARNI YANG MENJADI TARIKAN UTAMA KEDAI INI
NASI MINYAK AYAM CITARASA TERENGGANU
WESTERN FOOD SEPERTI LAMB CHOP TURUT DISAJIKAN
ANEKA MINUMAN DENGAN BEKAS MINUMAN YANG UNIK
So jom ke Four Z Brothers Cafe di Kemaman..
Jom viralkan….
Alamat :
No Lot 14371, Lorong Gong Limau 1
Kampung Gong Limau, Chukai Kemaman
(Berdekatan kediaman Pegawai Daerah Kemaman. bersebelahan FIS SNOW WASH Kampung Gong Limau )
Tel : 017-9200565 / 019-9474242
Waktu Operasi :
4pm-12am (Jumaat Tutup)
FB : Four Z Brothers Cafe
https://www.facebook.com/Four-Z-Brothers-Cafe-1111224378889…
IG : @fourzbrothers
https://www.instagram.com/fourzbrothers