mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN PI1M – Pn.Juniza Aini Binti Alias

Nama :JUNIZA AINI BT ALIAS
Umur : 42 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Juniza merupakan usahawan wanita kecil yang bertapak di kemaman.Memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan rumahnya dan kini telah berjaya memperluaskan perniagaannya di daerah kemaman.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan juniza memulakan perniagaan menjual telur masin ini secara kecil-kecilan sebelum menjual besar-besaran.Sebelum kewujudan pi1m, beliau mempelajari mengenai perniagaan ini dari keluarga terdekat atau orang kampung yang mahir selok belok perniagaan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pihak kemaman command centre(KCC) telah memberi tunjuk ajar menggunakan enjin carian bagi memudahkan usahawan membuat kajian dan mendapatkan informasi mengenai perniagaan tersebut dan kaedah mempromosi produknya.Petugas telah menyediakan internet dan komputer di pi1m bagi membantu beliau memajukan perniagaan beliau. Sehingga kini beliau telah menerima tempahan dari beberapa tempat sekitar kemaman.