mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Tarikan Pelancongan di Kemaman

1. Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman

 

   

“Majlis Perbandaran Kemaman wujudkan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman. Tujuannya untuk memberi pilihan kepada masyarakat untuk menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi yang berfaedah dan beriadah pada hujung minggu ataupun pada waktu cuti. Selain daripada itu ia merupakan satu lagi produk pelancongan bagi Daerah Kemaman yang menjanjikan keseronokan dan pengalaman yang indah dan luar biasa kepada sesiapa yang berkunjung”

 

 

         Lokasi Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman ini terletak di Kg Ibok iaitu 14 kilometer dari Bandar Cukai. Taman ini boleh dihubungi melalui jalan darat. Sekiranya dari Bandar Cukai, jalan yang boleh dihubungi iaitu Jalan Mak Chili – Ibok  manakala Jalan  Kerteh- Ibok boleh disusuri sekiranya datang dari Kuala Terengganu. Keluasan taman ini adalah 35 ekar pada peringkat fasa satu  manakala fasa dua meliputi 20 ekar bagi pembangunan akan datang.

 

Ianya telah dirasmikan pada 11 April 2009 oleh Menteri Besar Terengganu pada waktu itu, Dato’ Ahmad Said dan telah dibuka untuk orang ramai pada keesokannya iaitu 12 April 2009.

 

Harga Tiket :

 

HARGA GOLONGAN
RM 15 DEWASA (PELANCONG ASING)
RM 10 DEWASA
RM 5 KANAK-KANAK
RM 3

KANAK-KANAK (BERPAKAIAN SEKOLAH) 

 

2.KELIP-KELIP SG. YAK YAH

Terletak di Kg ibok kemaman kira-kira 15 km dari bandar chukai.Ianya mula diperkenalkan berikutan cahaya yang keluar oleh kelip-kelip ini mampu mewarnai malam yang kelam di pesisir sungai yak yah.

Kelip-kelip Sungai Yak Yah atau juga dikenali sebagai kunang-kunang, merupakan habitat yang terbesar di Malaysia bagi kelip-kelip. Sungai Yak Yah terletak kira-kira setengah jam dari Bandar Chukai, Terengganu.

Untuk melihat kelip-kelip ini, pelancong perlu menaiki bot di jeti Sungai Yak Yah. Kelip-kelip ini biasanya akan dapat dilihat di sepanjang Sungai Yak Yah menjelang pada malam hari. Jangan mengharapkan kehadiran kelip-kelip pada waktu siang kerana serangga ini hanya akan aktif dan keluar dari tempat persembunyiannya pada waktu malam sahaja.

Untuk kemudahan para pelancong, bot-bot berenjin bateri tanpa gangguan bunyi, pastinya akan memberi pengalaman baru yang amat berharga kepada pengunjung, khususnya mereka yang gemar menikmati anugerah alam semulajadi. Bot-bot ini tersedia untuk kegunaan pelancong di jeti di kawasan Kelip-Kelip Sungai Yak Yah. Para pelancong akan di bawa menyelusuri Sungai Yak Yah sambil melihat sendiri bentuk dan rupa kelip-kelip yang amat jarang ditemui ini mengerumuni pokok Berembang, pokok Putat dan pokok Bebaru yang tumbuh subur di sepanjang perjalanan mereka menyusuri sungai tersebut.

Terdapat empat spesies kunang-kunang di Sungai Yak Yah di mana haiwan kecil yang unik itu dikatakan membiak dengan begitu banyak dari bulan Julai hingga Oktober pada setiap tahun. Spesies kelip-kelip terbanyak adalah Panthera Tigris Jacksoni. Bilangan puluhan ribu cahaya kunang-kunang menghiasi pokok-pokok di sepanjang sungai tersebut seolah-olah terdapat pesta lampu yang bergermerlapan di situ pada tempoh tersebut.

SUMBER DARI :https://ms.wikipedia.org/wiki/Kelip-kelip_Sungai_Yak_Yah

HARGA:

DEWASA : RM 30.00

KANAK-KANAK: RM 20.00

3.JERAM TANDUK

Air Terjun Jeram Tanduk terletak di Kampung Air Puteh, daerah Kemaman. Air terjun ini merupakan salah satu destinasi pelancongan dan perkelahan yang menarik serta mudah untuk dikunjungi kerana dikatakan amat terkenal dengan keindahan alam semula jadinya yang cantik.

Apa yang menariknya di kawasan Air Terjun Jeram Tanduk Air Puteh ini ialah terdapat banyak jenis jeram yang jarang ditemui di tempat lain. Di antaranya adalah Jeram Sisir, Jeram Kota, Jeram Gajah dan juga Jeram Galang. Anda harus melihat sendiri keunikan yang ada pada setiap jeram-jeram ini.

4.MUZIUM KEMAMAN

ALAMAT :Kampung Dusun Nyior, Cukai, Terengganu, Malaysia

WAKTU OPERASI :

SABTU – KHAMIS 9.00 am – 5.00 pm
JUMAAT – tutup
KELEPASAN AM – 9.00 am – 5.00 pm
HARI RAYA PUASA / HAJI Ditutup pada Hari Raya 1 & 2

BAYARAN: PERCUMA

NO.TEL: 09-6221444

5.MAKAM LEBAI SARAS

“Makam Lebai Saras yang terletak di kampung Nyiur, Kemaman”

Lebai Saras adalah orang yang bertanggungjawab memajukan Kemaman bersama anak-anak dan pengikutnya. Berkat ketekunan dan kerajinan Lebai Saras, beliau telah dilantik sebagai ketua yang bertanggungjawab di atas kawasan pentadbirannya. Selain dari beberapa kisah kejayaan beliau, Lebai Saras pernah enggan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh Sultan Ahmad 1, Sultan Terengganu yang ke-4. Sultan menjadi murka dan memerintah angkatan tenteranya menyerang dan menangkap Lebai Saras dan pengikutnya. Lebai Saras ditangkap dan hukuman sula telah dijatuhkan kepada Lebai Saras namun hukuman tersebut tidak berjaya kerana senjata tidak lut terhadap beliau

 Sumber: http://lebaisaras.blogspot.my/

 

6.RUMAH JAMBI LEBAI SARAS KG.LAUT KEMAMAN.

Rumah Jambi, Kemaman

Rumah Jambi merupakan sebuah tarikan pelancong di Kemaman, Terengganu, Malaysia. Ia terletak berhampiran dengan sebuah masjid yang juga dikenali sebagai Masjid Jambi.

Rumah Jambi di Kampung Laut, Pasir Gajah telah dibina pada 1938 oleh sekumpulan pelarian Jambi seramai 13 orang termasuk anak raja Jambi yang melarikan diri ke Tanah Melayu apabila kawasan mereka diserang tentera Belanda ketika Perang Dunia Pertama meletus pada 1914. Pada ketika itu, mereka menjadi buruan pihak Belanda. Pelayaran mereka yang mengambil masa selama tiga bulan melalui jalan darat dan air itu diketuai oleh Perdana Menteri Temenggong Tengku Abdul Karim Tengku Abu Bakar dan adiknya, Engku Mahmud Tengku Abu Bakar.

Reka bentuknya menggunakan sepenuhnya tradisi binaan Jambi, Sumatera dan berbumbung limas bungkus iaitu bentuk bumbung lama di negara itu.

 

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Rumah_Jambi,_kemaman

 

7.Pantai Rekreasi Kemasik Kemaman

 

Pantai Kemasik di Daerah Kemaman terletak 19 km dari Bandar Chukai di Kemaman iaitu kira-kira 20 minit perjalanan. Pemandangan yang indah, pantai yang bersih, air yang jernih, pasir berwarna keemasan dan bukit berbatu menjadi tarikan utama pengunjung untuk datang ke Pantai Kemasik.

Pantai Kemasik sering menjadi tumpuan penduduk tempatan terutama pada hujung minggu dan hari kelepasan. Berhampiran Pantai Kemasik juga terdapat sebuah perkampungan nelayan. Kepada yang meminati bidang fotografi, Pantai Kemasik menawarkan keindahan tersendiri yang sukar ditemui di pantai lain.Di pantai ini juga terdapat beberapai gerai berhampiran untuk kemudahan pengunjung yang datang ke Pantai Kemasik. Tandas Awam dan tempat letak kereta juga dibina di Pantai Kemasik.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pantai Kemasik ialah berkelah, mengambil gambar, mandi-manda, berjoging, berjalan-jalan, bermain bolasepak pantai dan bola tampar.

 8. Air Terjun Menderu Kg.Chabang Kertih Kemaman

Air terjun menderu terletak dikemasek,kemaman,Terletak 13km dari bandar kemasek..Dari simpang 4 bandar kemasek,perlu mengambil jalan ke sri bandi,setelah 4 km dan ambil jalan kekanan ke kampung baru cabang sejauh 6 km,dari kg baru cabang perlu mengambil jalan sempit sejauh 3km.

Kemudahan yang disediakan seperti hutan lipur yang lain yang banyak terdapat di negeri terengganu,Kemudahan surau dan tandas menjadi kemestian ditempat berlipur,Mempunyai air yang agak cetek tetapi sangat sesuai untuk mandi manda bagi kanak2.