mcmc
Maklumat Am

Maklumat Am

Dari segi sejarah awal, Kemaman sudah mula dikenali sejak kurun kedua sebelum Masihi dengan nama “KOLE”. Ini berdasarkan kepada peta Semenanjung Tanah Melayu yang dibuat oleh Ptolemy (ahli kaji bintang dan Ilmu Alam Greek, lahir di Mesir pada kurun kedua sebelum Masihi) mencatatkan dua buah pelabuhan di Pantai Timur iaitu ” Perimula” dan “Kole”. Ahli Sejarah sependapat bersetuju bahawa “Perimula” adalah Kuala Sungai Terengganu manakala “Kole” pula adalah Kemaman.

Dari segi sejarah tempatan, Daerah Kemaman mula di terokai kira-kira 300 tahun yang lalu oleh Che Wan Teh iaitu bangsawan Pahang yang Berhijrah dari Kuala Pahang berikutan kekacauan dan huru hara di sana.

Beliau telah membuka penempatan pertama di kawasan pantai di Kampung Bukit Mengkuang. Setelah itu, Che Wan Teh telah berpindah dan membuka Perkampungan di Tanjung Geliga. Walau bagaimanapun, Penempatan baru ini sering di ancam lanun dan perompak yang menyebabkan Che Wan Teh dan pengikutnya telah sekali lagi berpindah dan meneroka kawasan baru di Kampung Cukai.

Pembukaan Daerah Kemaman juga di kaitkan dengan Bangsawan Pattani yang di kenali sebagai Lebai Saris pada awal abad ke-19 semasa Terengganu dibawah pemerintahan Sultan Ahmad (1808 – 1830). Lebai Saris dan Pengikutnya telah datang ke Kemaman dan meneroka Kawasan penempatan di Kampung Nyor, Lebai Saris juga dikaitkan sebagai orang yang telah memberi perkataan “Kemaman” iaitu gabungan perkataan-perkataan “Kera” dan “Pokok Maman”. Tidak dapat dinafikan bahawa Lebai Saris telah memainkan peranan penting dalam Pembukaan Daerah Kemaman secara lebih meluas di antara Kampung Mak Cili, Kampung Mat Lagam, Kampung Pasir Tengku dan Kampung Jabor.

 

Lokasi KCC

Pusat Internet 1Malaysia , Kemaman Command Center di

Kompleks Kerajaan Kemaman ( Bangunan Pejabat Daerah Kemaman)

Terengganu , Malaysia.

URL: https://www.google.com.sg/maps/place/Kemaman+Command+Centre

 Sumber:http://mykuasa.org/ms/content/ahmad-shabery-cheek-yb-dato-sri