mcmc
Makanan

Makanan D KEMAMAN

KEDAI KOPI HAI PENG / SUKIYANG

Hai Peng Kopitiam merupakan salah sebuah kopitiam yang memang amat popular dan menjadi tumpuan kebanyakkan pelanggan daripada pelbagai kaum di daerah Kemaman. Kedudukan Hai Peng Kopitiam yang terletak di simpang masuk ke Bandar Chukai ini selalu menarik perhatian pelanggan untuk singgah dan menjamu selera di sini, tidak kiralah pelanggan itu terdiri daripada kaum China, kaum Melayu dan juga kaum India.

 Pelancong-pelancong asing dan juga pelancong-pelancong dari luar daerah Kemaman turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba menu yang terdapat di Hai Peng Kopitiam ini yang telah mencetuskan fenomena dan selalu membuatkan penulis terfikir apakah keistimewaannya di Hai Peng Kopitiam.

Tak susah mencari Kedai Kopi Hai Peng ni. Lokasinya terletak di Jalan Sulaimani, Chukai Kemaman. Jika anda melalui Jalan Dato Omar menghala ke Kuala Terengganu, anda akan ternampak bangunan Kedai Kopi Hai Peng di sebelah kanan anda. (Rujuk lokasi di Google Maps).

Papan tanda kedai kopi Hai Peng

Pandangan hadapan kedai Kopi Hai Peng

Menu utama kopi asli kedai hai peng bersama roti bakar 

Turut dijual biji kopi asli dari kedai kopi hai peng

 

MEGI KETAM BISTRO 4X4

Dengar nama pun dah gempak , tu belum rasa lagi.. maggi ketam kombinasi mi segera dengan ketam nipah.. memang layan .Restoran MEGI KETAM BISTRO 4X4 ini terletak di sempadan daerah kemaman dan kuantan .

Pemandangan malam MEGI KETAM BISTRO 4X4

Kalau tengok dari restoran pasti dalam fikiran anda harga yang mahal.Harga di restoran ini berpatutan bergantung kepada pilihan anda..

senarai harga menu di MEGI KETAM BISTRO 4X4

 

Yang paling best kt kedai ini anda boleh memilih ketam yang anda inginkan dan ia masih hidup bagi memberi kesegaran pabila dinikmati oleh pengujung kata tuan punya kedai ini.

Inilah ketam nipah yang menjadi bahan utama maggi ketam.

 

Tali -tali yang mengikat ketam berbeza warna untuk membezakan berat ketam. Tali merah ketamnya lagi berat dari yang hijau. Jika datng ke kemaman ssinggahlah ke MEGI KETAM BISTRO 4X4 bagi merasai sendiri kenenakan MEGI KETAM ini…….

WARUNG AZIZ SATAR

 Warung Aziz Satar. Kedai ni agak popular dengan menu sata dan otak-otak. Dekat Kuala Kemaman ni, sepanjang jalan kita boleh nampak gerai dan kedai yang menjual sata dan otak-otak tapi ramai yang kata Warung Aziz Satar ni yang the best dari yang lain. Aku pun sebenarnya, tak sedar pun kewujudan warung ni, tapi disebabkan banyak review yang aku baca dari apps Foursquare, jadi singgah la tempat ni tuk merasa otak-otak dan sata disini

ANTARA MENU UTAMA PILIHAN PELANGGAN DI WARUNG AZIZ SATAR

 

MEE UDANG GALAH BUKIT MENTOK 

ANTARA KEDAI YANG MENJADI TARIKAN PELANCONG DI KAWASAN SEKITAR KCC INI IALAH KEDAI MEE UDANG BUKIT MENTOK.

KEDAI INI MENJADI TARIKAN KERANA SUASANA KEDAI YANG BERKONSEPKAN WARUNG TEPI SUNGAI DI KAWASAN KAMPUNG

BAKAL MENGIMBAU KENANGAN KITA DI KAMPUNG SENDIRI..

YANG MENJADIKAN KEDAI LEBIH UNIK ADALAH KONSEP JUALAN MEREKA. PELANGGAN AKAN MEMILIH UDANG MENGIKUT SELERA MASING-MASING DAN HANYA PERLU MEMBAYAR HARGA UDANG SAHAJA TIDAK PERLU MEMBAYAR HARGA UNTUK MASAKAN.HARGA UDANG PULA AMAT BERPATUTAN DAN BERBEZA MENGIKUT SAIZ UDANG ITU SENDIRI.

PELBAGAI MASAKAN BOLEH DINIKMATI DI KEDAI INI.. ANTARANYA:

NASI GORENG UDANG GALAH

TOM YAM UDANG GALAH

SAJIAN ISTIMEWA MEE UDANG GALAH