Nama | : ROSELIZÄN BIN ABU BAKAR |
Umur | : 37 tahun |
Ahli | : 06/10/2015 |
Latar belakang
Beliau adalah ahli Pi1M KCC yang kerap menggunakan kemudahan di Pi1M. Beliau yang sering menggunakan kemudahan Pi1M namun masih memerlukan pertolongan petugas untuk memanfaatkan kemudahan di Pi1M. Namun, beliau masih mempunyai banyak waktu terluang untuk mempelajari mengenai ilmu ICT.Pada waktu tertentu beliau dijemput ke Mini Pi1m Kemaman bagi mendekati salah satu pengetahuan ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatannya di pi1m, beliau tidak menggunakan sepenuhnya akan kelebihan telefon pintarnya. Seperti internet dan sebarang aplikasi yang boleh dimuat naik kedalam telefon pintarnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi perisian Microsoft word, aplikasi telefon pintar yang banyak memudahkan pengguna teknologi tersebut. Sebelum ini beliau hanya menggunakan teknologi pesanan ringkas(SMS) untuk melakukan sebarang komunikasi melalui telefon pintarnya. Terdapat banyak kekurangan setelah menggunakan teknologi tersebut, seperti kos bil yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan menggunakan aplikasi bual seperti ‘whatsapp’, kerana ianya lebih jimat dan mudah berbanding sistem pesanan ringkas yang telah lama digunakan.