mcmc
Kemudahan Asas

Kemudahan Asas

  

MESRA MALL

“Mesra Mall merupakan satu kompleks membeli belah yang terletak di Kemasik, daerah Kemaman. Kedudukan kompleks ini yang strategik terletak di antara laluan di antara Bandar Kerteh dan Kemasik menjadikan ia tempat tarikan orang ramai di komunitinya bagi membeli belah”

 

Mesra Mall yang dimiliki Petronas Berhad dan tujuan utamanya juga adalah untuk disasarkan kepada keluarga dan kakitangan Petronas oleh kerana jarak kompleks ini yang amat dekat dengan Kompleks Petroleum Petronas. Di kompleks ini, terdapat banyak premis yand ditempatkan. Di antaranya ialah kedai Big Apple Doughnut, Kedai Buku Popular, kedai kek, kedai pakaian, Pasaraya TMC dan banyak lagi kedai-kedai yang lain. Jika anda datang ke sini, tidak susah untuk mencari kedai pilihan anda, kerana susunan kedainya sama sahaja seperti di Giant dan juga Mydin Mall.

       Pusat membeli belah Mesra Mall yang dibina dengan keluasan 30 hektar menjadi satu pusat tumpuan baru bagi pembeli dan pelancong luar yang datang ke Negeri Terengganu. Dengan Suria KLCC Sdn Bhd yang menguruskan sistem operasi, Kompleks Mesra Mall dibangunkan oleh KLCC Holdings Sdn Bhd melalui dua anak syarikatnya, iaitu Metro Kemasik Sdn Bhd dan KLCC Projek Sdn Bhd. Kompleks kedai di sini pula terdiri daripada 40 unit gerai runcit, 12 unit warung makan (dalam satu dewan makan, 2 restoran dan kafe, 2 bank, dan gerai 2 push-cart utama). Bagi anak-anak muda yang sukakan hiburan, anda boleh ke gelanggang futsal, panggung wayang, pusat bowling dan gelanggang squash yang turut disediakan di sini. Penulis merasakan bahawa Kompleks Mesra Mall ini akan berfungsi sebagai satu pemangkin untuk pembangunan komersial di daerah Kemaman dan juga Negeri Terengganu, kerana dengan adanya kompleks ini secara tidak langsung telah menyediakan lebih kurang 500 peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar daerah Kemaman.

 

 

MASJID KAMPUNG PENGKALAN PANDAN

Mesra Masjid Kampung Pengkalan Pandan terletak di DUN Chukai berdekatan dengan bandar utama Chukai. Masjid ini merupakan tempat beribadat utama bagi umat islam di sekitarnya. Masjid Kampung Pengkalan Pandan mengadakan solat berjemaah pada setiap waktu solat pada setiap hari dan solat jumaat pada setiap minggu. Selain itu, masjid ini juga mengadakan pelbagai program ilmu dan keagamaan untuk penduduk sekitarnya.

 

 

CENTRE POINT KEMAMAN

Mesra Centre Point Kemaman atau dikenali sebagai CP terletak di DUN Chukai di bandar utama bandar Chukai,Kemaman. Fasiliti ini menyediakan banyak tempat membeli belah seperti The Store, Bata dan sebagainya. Centre Point Kemaman dibuka setiap hari pada pukul 10:00pg sehingga 10:00malam.