mcmc
Maklumat KCC

Maklumat Kemaman Command Center

 

Kemaman Command Centre (KCC)

KCC ditubuhkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) dengan kerjasama  Telekom Malaysia (TM) dan agensi kerajaan iaitu Pejabat Daerah Kemaman (PDT)untuk membantu dalam pengurusan bencana di daerah kemaman serta menyediakan keperluan asas seperti Pusat Internet 1Malaysia  di sekitar negara.

KCC merupakan pusat yang digabungkan dengan Pusat Internet 1Malaysia menyediakan perkhidmatan seperti akses jalur lebar berkelajuan tertinggi di Malaysia bagi tujuan penghantaran maklumat dengan pantas kepada komuniti setempat . KCC pula merupakan pusat gerakan bencana daerah kemaman yang mana beroperasi ketika berlaku sebarang bencana di derah kemaman.

Senada dengan tujuan utama penubuhan pusat ini  , diharap dapat membantu komuniti setempat dan dapat melahirkan usahawan Berjaya dan generasi pintar IT melalui program yang dijalankan. Diharapkan juga dengan penubuhan pusat ini dapat merapatkan komuniti setempat dengan jurang digital dan agensi kerajaan di daerah kemaman.

Objektif KCC

  • Kemudahan capaian internet berkelajuan tertinggi di Malaysia iaitu 50 mpbs.
  • Memberi Pendedahan mengenai teknologi IT kepada pengguna.
  • Membantu usahawan tempatan untuk mempromosi produk dan perkhidmatan mereka.
  • Menyediakan maklumat mengenai sebarang bencana yang berlaku kepada komuniti setempat.