Assalamualaikum. Pada 16 April 2025 (Rabu), pihak Nadi Kemaman Command Centre (KCC) telah mengadakan taklimat Keselamatan Alam Siber – Penipuan Atas Talian. Taklimat dihadiri oleh warga guru Sekolah Kebangsaan Pusat, Kemaman.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memastikan semua peserta agar dapat memahami risiko keselamatan siber dan langkah-langkah untuk melindungi data serta sistem terutama dari penipuan atas talian atau scammer.





