“Program TARIE berlangsung di Dewan Canseri”
TATIUC Research and Innovation Exhibition atau dikenali dengan TARIE telah diadakan pada 11 sehingga 12 Mei 2015 bertempat di Dewan Canseleri TATIUC telah mendapat banyak penyertaan dari institusi kemahiran di sekitar daerah Kemaman dan program tersebut telah disambut meriah dengan lebih kurang 145 produk dipertandingkan. Program tersebut bertujuan melahir pereka teknologi semasa dan memberi ruang kepada pakar untuk mempersembah kreativiti dan bakat mereka.
“antara peserta yang melibatkan diri dari ADTEC Kemaman”
Program ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Junior Inventor di mana melibatkan pelajar sekolah menengah dan kategori Young Inventor yang melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi sekitar negeri Terengganu. Sebanyak 114 penyertaan diterima daripada Young Inventor dan KKTM Kemaman tidak ketinggalan untuk menyertai program tersebut. Kita telah menghantar enam penyertaan dengan melibatkan seramai 18 orang pelajar dan 6 orang pensyarah merangkap penyelia projek masing-masing.
“para peserta mempersembah produk mereka kepada juri di pameran TARIE”
“peserta yang telah berjaya mendapat tempat terbaik di dalam pameran tersebut”
Syabas diucapkan kepada para peserta TARIE 2015 yang telah merangkul 1 pingat emas menerusi projek Gasket Cutter (Mechanical) dan 3 pingat gangsa menerusi projek Air Purification System Using HEPA and UV Light (Instrumentation & Control), Search and Rescue Drone (Offshore Structure) dan DTMF – Code and Laser Based Control System for Electrical Apparatus (Electrical).
Rujukan: http://www.kktmkemaman.edu.my/