Nama | : Zaripah bt Yusof |
Umur | : 49 tahun |
Ahli | : 20/11/2017 |
Latar belakang
Pekerjaan tetap beliau adalah pengawal keselamatan. Beliau menjual produk wangian secara sambilan. Walaupun mempunyai pekerjaan tetap, minat dalam perniagaan tidak menghalang beliau dari menceburi bidang yang diminati.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatan dalam aktiviti keusahawanan di pi1m, beliau tidak mempunyai platform untuk memasarkan produk beliau. Beliau juga kekurangan ilmu tentang pemasaran dan pengiklanan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pihak kemaman command centre(KCC) telah memberi tunjuk ajar menggunakan enjin carian bagi memudahkan usahawan membuat kajian dan mendapatkan informasi mengenai perniagaan tersebut dan kaedah mempromosi produknya.Petugas telah menyediakan internet dan komputer di pi1m bagi membantu beliau meningkat taraf perniagaan beliau. Sehingga kini beliau telah menerima tempahan dari beberapa tempat sekitar kemaman.