Bagi Rumiza Kamaruzan, 25 tahun, seorang anak kepada Teni yang dilahirkan dari Pulau Seluan, Natuna mana terletak di tengah Laut China Selatan, kasih sayangnya pada tanah asal ibu tetap kekal sepanjang hayat.
Cerita-cerita ibu tentang keindahan, alam pulau yang kaya dengan sumber memberi impak yang mendalam kepada beliau untuk sentiasa berziarah ke sana meskipun pada waktu sekarang terpaksa melalui Batam atau Tanjung Pinang, Riau Indonesia.
“Peta Lokasi dan gambaran di pantai Kepulauan Seluan Natuna”
Anak kelahiran Chukai ini telah berkahwin dengan jejaka di bandar ini, akan tetapi kerinduannya kepada Seluan tetap tidak dapat dipadamkan. Setiap kali apabila berhasrat untuk pulang ke kampung halamannya, beliau terpaksa mengharungi perjalanan yang memakan selama dua hari dengan menaiki kapal malalui Tanjung Pinang. Rumiza menyatakan bahawa memang makanan-makanan yang berasal dari Terengganu terdapat di sana, seperti nasi dagang, lempuk, budu, pedek dan lain-lain. Akan tetapi disana ikan tongkok atau ikan aya di bakar terlebih dahulu sebelum di gulai,untuk di makan dengan nasi dagang . Katanya, beliau pulang ke sana baru-baru ini bersama ibunya Teni, anaknya yang berusia tiga tahun iaitu cucu kepada Teni dan seorang kawan baiknya dari Chukai.
“Terdapat banyak spesis penyu dan sotong dari kumpulan Kureta terdapat di persisiran pantai dan laut di sekitar kepulauan Seluan Natuna”
Di sana masih banyak telur penyu dan penyu kebanyakkannya jinak sambil menunjukkan gambar-gambar di dalam telefon bimbit yang dirakamkannya sewaktu berada di sana baru-baru ini.Di sana juga terdapat banyak sotong dari jenis kureta dan udang karang, ceritanya. Menyentuh tentang hubungan Natuna dan Chukai Kemaman,
“Teni binti Abdul Manan, berusia 49 tahun yang dahulunya gadis Kepulauan Natuna yang kini menetap di Chukai kemaman berasa amat bahagia bersuamikan orang kemaman”
Rumiza berkata, ibunya menceritakan ramai lagi dari sahabat ibu yang lebih tua datang dari Natuna dan berkahwin dengan nelayan di Kemaman.
Ada setengahnya yang telah meninggal dunia, tetapi yang pastinya wanita-wanita yang berasal dari Natuna ramai lagi yang menetap di Kemaman, seperti di Mak Chili, Kuala Kemaman dan Berenjut.
“Bagi saya ini biasa sahaja, tetapi mungkin bagi yang tidak pernah tahu adalah sesuatu yang baru,” kata Rumiza ibu muda warisan Pulau Seluan Natuna, yang tinggal di bandar Chukai.
Rujukan : http://teganukita.my/demi-cinta-gadis-natuna-dan-teruna-kemaman/